Wednesday 2 May 2012

Assalamualaikum....
Ok.... untuk N3 kali nie.Ekceli, N3 ni dah lama nak sharekan kat sini tp ms taip N3 ni ari tu, tetiba xde letrik la pulakkk... mari kita renung2kan & berkongsi mengenai
Sifat2 Mahmudah (terpuji)& sifat2 mazmumah (tercela).


Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah(terpuji) iaitu :-

  1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan & dosa2 yg pernah dilakukan.
  2. Khauf (takut pd Allah)- Seseorg muslim itu apabila dia mengenali zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut pada Allah s.w.t.
  3. Zuhud - mengambil dunia sekadar perlu.
  4. Sabar - sabar dlm menghadapi apa jua ujian yg mendatang.
  5. Syukur - bersyukur dgn setiap nikmat yg dikurniakan samada kecil atau besar.
  6. Ikhlas - ikhlas dlm setiap perbuatan tanpa mengharapkan apa2 balasan, umpamanya menolong org.
  7. Tawakkal - Berserah diri pd Allah
  8. Mahabbah (kasih sayang)- 
  9. Redha
  10. Zikrul Maut (mengingati mati)


Imam Al-Ghazali r.a. juga telah menggariskan 10 sifat-sifat Mazmumah (tercela) iaitu:-

  1. Banyak Makan
  2. Banyak Bercakap
  3. Marah
  4. Hasad
  5. Bakhil
  6. Cintakan Kemegahan
  7. Cintakan Dunia
  8. Bangga Diri
  9. Ujub (Hairan Diri)
  10. Riya' (Menunjuk-nunjuk)
Jadi sama2 lah kita cuba meninggalkan sifat2 tercela itu.... kalau x banyak, sedikit mungkin ada dalam diri kita... kita cuba muhasabah diri kita apa yg kita dah buat selama ni.... ada tak termasuk sifat2 mazmumah tu dlm diri kita...
   Kalau kita banyak makan, mungkin kita boleh berpuasa... Kalau banyak bercakap, kita banyakkan membaca, misalnya baca Al-Quran atau baca terjemahan Al-Quran atau buku2 ilmiah yg boleh menambahkan ilmu pengetahuan...
   Bila marah atau ada perasaan hasad dlm diri... beristigfarlah banyak2...
   Sama2 lah kita sebagai hamba Allah yg sentiasa ingin kan perubahan yg baik, berusaha dgn seboleh mungkin menjauhi sifat2 mazmumah tersebut.... InsyaAllah... Allah akan membantu hamba2 Nya yg ingin berubah dan berbuat baik... cumaaa... kita perlu kuat untuk melawan hasutan makhluk Allah yg satu itu... iaitu syaitan yg direjam.... Yaa... syaitan akan sentiasa menghasut untuk menyesatkan hambaNya dari berbuat kebaikan...Moga2 Allah sentiasa bersama2 kita dlm mencari keredhaanNya...Subhanallah...




Doa2 yg kita boleh share hari ni... dipetik dr Al-Quran


Surah Ali 'Imraan, Ayat:8 
yg bermaksud;    


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kpd kami, & kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dr sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yg melimpah-limpah pemberian."


Surah Al-Baqarah, Ayat:127
yg bermaksud;


"Wahai Tuhan kami! Terimalah drpd kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar, lg Maha Mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: org2 Islam (yg berserah diri) kpdMu, dan jadikanlah kami drpd keturunan kami; umat Islam (yg berserah diri) kepadaMu, tunjukkanlah kpd kami syariat dan cara2 ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat, lg Maha Mengasihani."


Dan doa yg terakhir kali ni....



Surah Al-Anbiyaa',Ayat :  87  


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah 
daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". 


Moga2 perkongsian ini mendapat manfaat bersama...Wassalam...

No comments:

Post a Comment