Sunday 8 July 2012

Bukan nak tun juk baik, cuma nak jadi baik...

Salammmm.....


Comelkannnn.... sweet sesgt.... Semoga aku jg tabah dah boleh jd mcm nie....
Mmg impian aku dari dulu lg.... Tp rasanya kalau ada bimbingan, InsyaAllah....
Pasti tercapai hasrat ni.... :)
"Bukan nak tunjuk baik.... Cuma nak jadi baik...."

Monday 14 May 2012


Petua untuk isteri sentiasa cantik....k Isteri Sentiasa Can

Assalam.... rasanya ini petua yg amat berguna untuk wanita2 bergelar isteri.... sama2 kita berkongsi petua berharga ini...

1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (Al-Waaqi'ah 56:35)   


Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah 56:36) 


Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 56:37) 


(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; 


2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya. 

Diambil dari blog farishishak.blogspot.com ( thank you bebanyak pada farish ishak...)

Sumber Rujukan: Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia 

Wednesday 2 May 2012

Assalamualaikum....
Ok.... untuk N3 kali nie.Ekceli, N3 ni dah lama nak sharekan kat sini tp ms taip N3 ni ari tu, tetiba xde letrik la pulakkk... mari kita renung2kan & berkongsi mengenai
Sifat2 Mahmudah (terpuji)& sifat2 mazmumah (tercela).


Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah(terpuji) iaitu :-

  1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan & dosa2 yg pernah dilakukan.
  2. Khauf (takut pd Allah)- Seseorg muslim itu apabila dia mengenali zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut pada Allah s.w.t.
  3. Zuhud - mengambil dunia sekadar perlu.
  4. Sabar - sabar dlm menghadapi apa jua ujian yg mendatang.
  5. Syukur - bersyukur dgn setiap nikmat yg dikurniakan samada kecil atau besar.
  6. Ikhlas - ikhlas dlm setiap perbuatan tanpa mengharapkan apa2 balasan, umpamanya menolong org.
  7. Tawakkal - Berserah diri pd Allah
  8. Mahabbah (kasih sayang)- 
  9. Redha
  10. Zikrul Maut (mengingati mati)


Imam Al-Ghazali r.a. juga telah menggariskan 10 sifat-sifat Mazmumah (tercela) iaitu:-

  1. Banyak Makan
  2. Banyak Bercakap
  3. Marah
  4. Hasad
  5. Bakhil
  6. Cintakan Kemegahan
  7. Cintakan Dunia
  8. Bangga Diri
  9. Ujub (Hairan Diri)
  10. Riya' (Menunjuk-nunjuk)
Jadi sama2 lah kita cuba meninggalkan sifat2 tercela itu.... kalau x banyak, sedikit mungkin ada dalam diri kita... kita cuba muhasabah diri kita apa yg kita dah buat selama ni.... ada tak termasuk sifat2 mazmumah tu dlm diri kita...
   Kalau kita banyak makan, mungkin kita boleh berpuasa... Kalau banyak bercakap, kita banyakkan membaca, misalnya baca Al-Quran atau baca terjemahan Al-Quran atau buku2 ilmiah yg boleh menambahkan ilmu pengetahuan...
   Bila marah atau ada perasaan hasad dlm diri... beristigfarlah banyak2...
   Sama2 lah kita sebagai hamba Allah yg sentiasa ingin kan perubahan yg baik, berusaha dgn seboleh mungkin menjauhi sifat2 mazmumah tersebut.... InsyaAllah... Allah akan membantu hamba2 Nya yg ingin berubah dan berbuat baik... cumaaa... kita perlu kuat untuk melawan hasutan makhluk Allah yg satu itu... iaitu syaitan yg direjam.... Yaa... syaitan akan sentiasa menghasut untuk menyesatkan hambaNya dari berbuat kebaikan...Moga2 Allah sentiasa bersama2 kita dlm mencari keredhaanNya...Subhanallah...




Doa2 yg kita boleh share hari ni... dipetik dr Al-Quran


Surah Ali 'Imraan, Ayat:8 
yg bermaksud;    


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kpd kami, & kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dr sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yg melimpah-limpah pemberian."


Surah Al-Baqarah, Ayat:127
yg bermaksud;


"Wahai Tuhan kami! Terimalah drpd kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar, lg Maha Mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: org2 Islam (yg berserah diri) kpdMu, dan jadikanlah kami drpd keturunan kami; umat Islam (yg berserah diri) kepadaMu, tunjukkanlah kpd kami syariat dan cara2 ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat, lg Maha Mengasihani."


Dan doa yg terakhir kali ni....



Surah Al-Anbiyaa',Ayat :  87  


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah 
daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". 


Moga2 perkongsian ini mendapat manfaat bersama...Wassalam...

 Assalamualaikum..... Semalam "1st May" merupakan "10th Yrs Anniversary aku dgn En. Asben.... Aku ingat nak buat ciskek... tp memandangkan xde bhn2 nak buat ciskek, so... terpaksalah pujuk en. asben pegi kedai nak beli bhn2 nak buat ciskek... tp on d way nak ke town... tetiba en. asben singgah kat satu tempat, bila aku tanya nak buat apa, dia cakap nak beli brg... aku just ignore je laa... maybe brg dia laa kot... aku ngan anak2 just tggu dlm kete jer... Tggu punya tggu... Waahhh... rupa2nya en. asben buat surprise beli kek Baskin Robbin.... huhuhu.... terharunyaaa..... rasa mcm nak cium dia kat situ jugak.... hehehe....

Lepas tu en. asben cakap takyah buat ciskek dah laa ekk... hihihi... aku pun ok je laaahhh... Just plan nak buat pizza je malam tu....

nie laa rupa kek aiskrim Baskin Robbin tu..... sedapppnyaa... anak2 cakap..... 

Tp.... ciskek mesti nak jgkkkk..... takpe.... nnt aku nak buat jgk ciskek, strawberry dah ada.... krim cis plk xde... huhuhu... sememangnya nak mkn ciskek jgk.... mentang2 laa menjadi buat ciskek ari tuu.... nnt aku masukkan gambar ciskek yg aku buat.... tp rupa ciskek tu x semenggah laa kata org... hihihi... biasa laa.. saya budak baru belajar.... jeles aku aku tgk ciskek yg dibuat oleh 'hanamemories' tu.... xpe... satu hari nnt aku akan buat sampai jd mcm tu.... 

Haa.... ini laa pizza versi aku.... hehehe.... suka hati je nak letak apa... 

Haa.... yg ni pulak untuk bekal bebudak ke sekolah esoknya.... mini pizza.... merangkap sarapan jugaklah... so... mama xyah nak masak esok pagi.... 


ok... sekarang kita share resepi doh pizza ni yekk.... sebenarnya ni doh untk  untuk donut... hehehe... cuma aku gantikan butter dgn minyak zaitun.... 

Doh pizza

1 1/2 sudu yeast kering
4 sudu air suam
1/4 cawan gula
2 sudu susu tepung
3/4 cawan air (boleh jg diganti dgn fresh milk, jd xyah laa ltk susu tpg)
1 biji telur
1/4 cawan minyak zaitun
1/2 sudu kecil garam
2 3/4 cawan tepung

1. Campurkan yeast dgn 4 sudu air suam, biarkan sampai foamy.
2. Campurkan yeast, gula, susu, air, telur, minyak, garam dan separuh tepung dalam mixer, lg separuh tepung masukkan sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh....
3. Tempatkan doh dlm bekas yg ditabur tepung dan ditutup dgn kain lembap.
4. Biarkan doh selama 40 minit atau doh naik 2 kali ganda.
5. Uli sedikit doh tadi dan bahagikan kepada saiz yg dikehendaki... taburkan sedikit tepung dan canaikan doh cucuk doh dgn garfu atau lidi... kemudian bolehlah disapu dgn pizza sos/ pasta sos dan letaklah apa2 aje bhn2 yg disukai... 
6. Set kan suhu oven pd suhu 180'c dan masak selama 20 minit.... 

Monday 9 April 2012

Assalamualaikum.... 


Ini 1st N3 .... baru jer mula nak berjinak2 dgn alam maya ni.... mungkin dgn cara nie boleh mengisi masa lpg setelah bergelar "ربه منزل"..... 


Alhamdulillah... rezekiku nak melihat negara org.... dgn mengikut En. asben migrate ke bumi anbiyak ini.... kalau saja2 nak dtg... rasa2 belum sampai lg kat sini.... Alhamdulillah dgn rezeki ini, dptlah aku berkunjung ke Tanah Haram iaitu rumah Allah yg aku impi2 kan selama ini.... 


Menjejak kaki ke Masjidil Haram buat pertama kali.... mmg menumpahkan air mata kesyukuran yg tak terhingga apabila dpt menatap "Kaabah" di depan mata..... MasyaAllah.... Subhanallah..... Alhamdulillah.... itu saja yg dapat dikatakan pada masa tu.... Perasaanku tika itu tak tergambar dgn kata2..... speechless....Hanya airmata yg berjujuran..... Setelah bertawaf 7 kali & bersaie ....Selesai sudah Umrahku yg wajib....


Syukran ya Allah..... Inilah nikmatMu yg tak ternilai....